Tuesday, November 13, 2007

Special Doc For Purple Rose



Askum Mawar Ungu...

Dah baik ke lum,kalau tak baik lagi nie saya ada

bawak special Doc untuk check awak...hehehehe.

Ok lah main2 je,harap awak dah ok......................

Bye.................

KEPADA SESEORANG
kuhapus namamu dalam hatikuketika masa lalu muncul seperti angin yang menderuderudi pagi yang kelabu
hujan baru saja redaku ejaeja namamu pada dedaun basahbersama impian yang resahtapi katakata di mulutku terasa lelahsepi yang gelisah
barangkali sepipun tahu:betapa aku telah begitu karam di kedalaman hatimu

Friday, November 9, 2007

Khas Utk Sahabat............................

KELEMAHAN umat Islam kini kerana semakin jauh dengan Allah. Umat Islam yang cintakan dunia dan membesarkan kekayaan sedang menuju kepada kehancuran.
Nabi Muhammad SAW memberi peringatan mengenai perkara itu dalam hadis daripada Tsauban bahawa Rasulullah bersabda bermaksud:
“ Akan datang suatu masa dalam waktu dekat, bangsa-bangsa (selain umat Islam) bersatu akan mengalahkan (memperagakan) kamu seumpama sekumpulan manusia berkerumun berebut-rebut akan hidangan makanan di sekitar mereka .
“Sahabat bertanya: “ Wahai Rasulullah! Apakah kerana sedikitnya kita (umat Islam) pada waktu itu? Rasulullah menjawab: “ Bukan, bahkan kamu pada waktu itu adalah golongan teramai (majoriti), tetapi kualiti kamu pada waktu itu bagaikan buih-buih lautan yang dibawa oleh arus air. Allah mencabut daripada hati musuhmu perasaan takut kepada kamu dan Allah mencampakkan perasaan 'wahn' ke dalam hati kamu. Sahabat bertanya: “ Wahai Rasulullah! Apa yang dimaksudkan 'wahn' itu ? Rasulullah menjawab : “ Cinta dunia dan takut mati. ” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis di atas menerang dan mengingatkan kekalahan dan kelemahan umat Islam iaitu cintakan dunia dan takut mati.
Itulah yang dikatakan penyakit ' wahn ' yang menyebabkan lumpuhnya umat Islam pada satu-satu zaman. Ia menyebabkan umat Islam menjadi bahan pemerasan, penindasan dan penganiayaan daripada pihak lain.
Umat Islam akan dikalahkan jika mereka terlalu cintakan dunia dan terlampau asyik kepada kebendaan. Maksudnya, hati umat Islam tertambat pada kemewahan dunia, memperkayakan diri dengan mencari kedudukan dan pangkat. Dalam erti kata lain, dunia menjadi matlamat mereka.
Cinta kepada dunia bukan sekadar cinta, tetapi lebih daripada itu. Golongan itu rakus kepada dunia untuk kepentingan peribadinya. Dia mencari nafkah selepas mendapat makanan yang cukup, tetapi mahu lebih daripada itu.
Orang seumpama itu, bukan saja bekerja keras supaya memperoleh kekayaan lebih banyak, malah berusaha dengan tidak menghiraukan hukum sama ada ia dimiliki secara haram atau sebagainya.
Mereka mencari kepuasan dunia dengan tidak mempedulikan halal dan haram. Inilah yang dimaksudkan dengan cinta dan tamak haloba.
Penyakit cinta dunia ini akan memalingkan tujuan hidup mencari keredaan Allah kepada mencari keuntungan bersifat kebendaan sehingga untung rugi hidup diukur dengan untung ruginya kebendaan.

Sunday, November 4, 2007



Hai Cik mawar ungu..

Ok mawar nie khas utk awak,harap awak terima.

Awak nak gi mana? tak nak ajak kita ke..

Tak pe ar harap awak happy selalu.........

Bye.......................

Friday, November 2, 2007



Askum

Sedap nyer kek nie,tapi syg tak leh mkn.

Nak tunggu org tue antar entah bila gak

nyer.Tak pe ar tak de rezeki...

Hehehehehe................................

Thursday, November 1, 2007



Khas utk Mawar Ungu.........

Hai awak, oooooooo intai blog kita ek,susah2 je.

Bunga dan Teddy nie khas untuk awak k....

Simpan baik2,siram selalu ekkkkk

Ok byeeeee

Wednesday, October 31, 2007



Alamak arie nie aku bangun lambat ar.

nasib baik ada someone call klu tak comfirm

aku tak gi keje hehehehe

Anyway thank to someone ..............................

Tuesday, October 30, 2007

Talkin

Maksud(dalam BM) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia.
Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah
mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat,
InsyaAllah..
WALLAHU A'LAAMM.
Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang
menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa
bersama-sama dari dunia ini. Sekara ng kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan
sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta jan ganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka
menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata: Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar,
janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari
masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad
dur rasulullah".
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam
Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala
amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua
yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada
kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima
segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin. Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut" Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupunpun satu ayat..."

ON CALL LAGI

BARU NAK END MIMPI DAH ADA CALL.BABY WAT HAL LAGI BABY4 .MAIL CALL TAK LEH PUJUK.
MAK!!!!! MALAS NYER NAK BANGUN,BARU JAM 3 PAGI.
ISSSSSS BABY 4 NIE MEMANG TAK LEH TGK AKU SENANG
4PAGI TIBA KILANG MAK OIIIIIII JAHANAM BABY AKU,TAK PE PAPA ADA NANTI PAPA RAWAT.
5PAGI AKHIR NYER BABY OK JUGAK.
PENAT TAPI PUASSSSSSSS.

KHAS UTK MAT REMPIT



BUAT SEMUA MAT REMPIT ,JGN INGAT NAK REMPIT JE

UNTUK GENG APL,BERLIN,SERANGGE&APPLE RONGGAX

BERHATI HATI BILA MEREMPIT.................

YE HAAAAA....................................

Monday, October 29, 2007


MAWAR

BUNGA NIE KHAS UTK MAWAR UNGU,SORI DAH CARI COLOUR UNGU TAPI TAK JUMPA..
TAK PE AR JANJI IKHLAS KAN MAWAR.

SEKUNTUM MAWAR MERAH SEBUAH PUISI BUAT SAHABAT PILIHAN OH OH OHHHHHHHHH DI BULAN OCTOBER.......LANTAK AR KIRA BOLEH JE

APE LAH

SUSAH NYER NAK CREATE BLOG TAPI TAK PE AKU AKAN CUBA GAK. MAKLUN LAH FIRST TIME CREATE.....